Onigiri...? Not bad la..


semalam aku gi Seremban sebab ade hal skit..
Pas hal tu dah selesai, aku menyinggah Jusco kat sana..
Lapaaarrr~ tu je yang aku fikir masa aku dah sampai sana..

MasyaALLAH, ramainya orang masa tu..
Hari minggu laa katakan..


Aku cuma sempat makan roti dan ABC jerk..
pastu dahaga, aku beli la air pepsi..
Alhamdulillah~ lega..
Tapi...
Aku lapar nasi dan makanan berat masa tu..
Mana taknya, tak sempat makan tengahari la..
Masa tu dah kul 4 lebih..

Pastu aku menyinggah beli ssushi dan onigiri..
Sebelum bertolak balik,
Aku sempat menjamah satu salmon sushi...
Hmm.. boleh tahan la sedapnya.

Onigiri dan sushi-sushi lain aku simpan untuk makan malam kang..
Actually ni pertama kali aku makan onigiri (Japanese Rice Ball)..
Hmm.. rasanya takde la teruk sangat..
Kiranya, perut dan mulut aku ni leh dak terima..

Nak makan benda2 Jepun ni kena start slow2..
Masa aku baru masuk belajar kat kolej (sem 1)..
Aku ada try makan sushi..
Terus muntah la beb..
Mentah tu satu hal..
Rasa pelik tu plak satu hal..
Tapi alhamdulillah, sekarang aku leh makan sushi yang aku pernah muntah dulu..

Zaman sekarang ni macam-macam makanan ada kat Malaysia..
Tak salah kalau mencuba rasa (asalkan HALAL)~
Pengalaman aku pertama kali makan onigiri aku takkan lupa la..
Oishii~ >.<>


hari ni beday abang sulung aku,
actually... dia je abang aku.. wakakakaka~
beday yang ke-27,
dan aku mintak dia belanja pizza malam ni,
dan aku terkejut gak dia sudi belanja pizza,
sebab semalam dia kata "takyah, mee goreng mama ada"..
ceh!




tiba2 mama balik dari tempat keje,
then cakap abang ku ini nak beli pizza.

sepatutnya aku suka tapi pas dengar,
aku jadi serba salah,
sebab... AKU DAH KENYANG LAAAA...!!

disebabkan aku tau malam kang tak dapat makan apa2,
so aku masak la burger + roti telur,
tapi aku tak sangka lak,
malam ni aku akan santap pizza.
waaaa!! Gemok le camni aku..
huh, dah reZeki... takkan nak tolak plak kan?
so, aku pun makan la..

thanx ya bro,
belanja makan, aku kenyang sangat2..
hepi beday yg ke 27..
chaw~

→ Sakitnya ULSER..!! GRRRrrrr..


aku taktau sejak hari apa aku kena ulser kat mulut nih,
tapi yang aku tau... ianya MENYAKITKAN.

aku makan dah tak betul,
asyik nak kunyah menyenget jer,
bila gosok gigi,
lagi la sakit especially bila gosok kat gusi dalam.. AWWww...!!

aku jarang la kena ulser,
tapi kata orang,
benda yang jarang2 terjadi tu la yang paling menyakitkan,
adoii.. taktau nak wat apa,
just sabar je la,
sakit tu penghapus dosa2 kecik..
so sabo jek dan teruskan hidup merasai sakitnya ulser.. adesss..


setiap orang akan ada zaman kanak-kanak masing2,
aku pun camtu gak,
setiap orang ingin kembali ke zaman tu,
tapi tidak bagi aku.

bukannya aku tidak ada pengalaman manis untuk aku kongsi,
cuma kenangan pahit melampau2 masa zaman kecil aku,
tapi benda tu yang wat aku semakin tabah melalui hidup2 aku.

masa kecik2,
aku bukanlah anak kesayangan family,
masa besar pn sama jugak,
tapi aku tak kisah la,
jadi anak kesayangan banyak tanggungjawabnya,
kena dpt keputusan baik la,
kena jadi anak yang baik la,
tapi tu bukan bermakna aku ni anak yang jahat,
cuma banyak melawan cakap dari mengikut kata.

masa kecik dulu,
aku selalu dibuli di sekolah (susah tul jadi orang baik ni),
so bila time rehat kat sekolah,
aku lepak sorang2 je la.

tapi...
dalam masa tu aku berkenalan dengan seseorang yang aku panggil "sahabat",
orangnya lemah-lembut, baik budi bahasanya,
Umi Sarah namanya~♥

tapi bila kita berkawan rapat dengan seseorang,
akan ada orang yang cuba merosakkan hubungan orang lain...
Umi ni kawan baik ngan seseorang (aku dah lupa la nama dia),
di pendekkan citer,
aku dah tak dapat menyambung persahabatan kami.
aku dah pindah sekolah ke Perak.
kat Perak pun ada kes cam kes Umi gak,
cuma malas aku nak kongsikan hari ni.

aku cuma nak bagitau kat sini,
walaupun zaman kecik2 aku dulu amat-amat tidak menyeronokkan,
tapi sekurang2nya aku bertemu dengan ramai penyelamat dalam hidup aku,
dan salah seorangnya Umi Sarah..
..and thanx to her,
sekurang2nya aku ada kenangan manis kat sekolah dulu~♥

→ Cinta Bodoh

semalam dalam perjalananku ke KL,
tiba2 ingatanku kembali ke masa lampau aku,
bila difikirkan balik, ramai orang salah yang aku temui..

banyak benda bodoh yang aku lalui,
salah satunya ialah menyukai org yang salah.

bila kita suka pada seseorang,
suma keburukan dia dah tenggelam,
bersama ilusi cinta yg kita sendiri wujudkan..

terasa bodoh sangat bila suma tu dah berlalu,
mmg aku rasa bersyukur kerana tiada jodoh dgn dia,
tapi aku rasa bodoh yg amat sbb tak dpt mlihat betapa kesiannya aku pada masa tu,

ahh!! cinta, aku sama sekali buta melihat..
bila bercinta, yg realiti mudah kulupa,
yg nyata terus mjadi ilusi dan fantasi..

tapi yg pasti, cinta itu tidak salah,
yg salah ialah mereka2 yg tidak mengerti apa itu cinta~
kini sukar untuk aku menerima cinta daripada seseorang,
pengalaman lepas mengajar aku yg cinta itu,
adalah dibina dari sebuah kepercayaan dan sikap menerima diri pasangan SEADANYA

ѦƲƧƖƆ Ƥ˩ΔƳЄЯ