→ Mencari

Rasanya banyak lagi widget yang aku perlu tambah bukan sahaja memudahkan aku malah pengguna lain yang berkunjung ke blog ni. Aku masih mencari-cari widget yang sesuai. Ada yang sesuai tetapi codingnya pula tak kena dengan coding asal blog ni. Takpe la, biar lambat asal selamat ^^

Pengenalan

Ketawa dan air mata sentiasa ada dalam setiap kehidupan seseorang yang bernama manusia. So, di sinilah bermulanya blog aku. Banyak benda yang aku rasa dan setiap rasa tu tak pernah terlepas dari ketawa dan air mata yang aku dan orang lain alami. Mungkin betul orang kata, ada sesetengah perkara tu kita perlu kongsikan dengan orang lain. Sesetengahnya pula kita perlu simpan untuk orang lain. Tapi nak berkongsi hal dan sebahagian hidup kita dengan orang lain tidak semestinya pada orang yang sama. Lain orang, lain bahan perkongsiannya. Begitu juga aku. Ada perkara yang aku teringin nak kongsi dengan orang dan ada yang aku perlu simpan untuk diri sendiri.

ѦƲƧƖƆ Ƥ˩ΔƳЄЯ